aku AMIRAH yang baru..

Friday, April 22, 2011

Salamunalaik...

Salam perjuangan buat diriku, NIK NUR 'AMIRAH AMRAN

wahai diri, 
ingat janjimu pada ilahi suatu ketika dahulu
engkau telah bersaksi bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH & MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

wahai diri,
ingat...
engkau telah berjanji ingin memakmurkan dunia ini dengan menegakkan kalimahNya
engkau kini telah bergelar seorang pejuang agamaNya..
sebaik2nya, hindarilah dirimu dari maksiat yang durjana

wahai diri,
dekatkan dirimu pada Allah selalu
kerana cabaran di dunia ini terlalu banyak dan penuh dengan fitnah dan godaan
jangan lah engkau mudah terpedaya dengan tipuan duniawi

ingat diri, 
engkau sudah menjadi AMIRAH yang baru, 
baikilah akhlak dan syakhsiahmu,
agar Allah dan RasulNya berbangga denganMU di dunia & akhirat

wahai diri,
insaflah dirimu,
engkau tiada masa yang banyak lagi,
nikmat yang lapang, isikan dengan beribadah kepadaNYA
sihat yang berpanjangan, berbaktilah kepada agamaNYA
kekayaan harta yang engkau miliki, korbankan utk perjuangan ke jalanNYA
masa mudamu yang sedang gagah kini, kerahkan tenagamu utk jihad kepadaNya
hidupmu yang masih sementara ini, berjuanglah sehingga engkau bergelar SYAHID FI SABILILLAH

AMIRAH, yakinilah janjiNYa...
semoga engkau senantiasa dirahmatiNya andai engkau IKHLAS untuk DITARBIAH dan MENTARBIAH..

sekian,

buat diriku,
NIK NUR' AMIRAH AMRAN

P/S : buat pembaca2 sekalian, doakan penulis senantiasa..barakallahufikum..sehingga bertemu dalam post yag akan datang..

salamunalaik =)